KENALI MALAYSIAKU
TARIKH: 10 JULAI 2019TEMPAT: KANTIN SEKOLAH
Program ini bertujuan untuk berkongsi budaya dan cara hidup masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pelajar-pelajar SMK Gelang Patah dapat melihat kepelbagaian kehidupan masyarakat lain di Malaysia mengamalkan cara hidup mereka. Pesta serta pameran ini dijalankan dari pukul 11 pagi hingga 2.00 tengah hari
PENGENALAN
2.1 Program Nilai Murni ini merupakan salah satu sesi yang mengumpulkan pelajar Asli, Sabah, Sarawak serta kaum-kaum lain di sekolah untuk memberi bimbingan dan pendedahan dalam aspek perkembangan diri dari segi sosial dan pendidikan..
2.2 Program Silang budaya serta pameran ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan budaya masing-masing dan berasa bangga dengan keunikan warisan mereka..
3.0 MISI
Bertujuan mendedahkan budaya warisan, istiadat, amalan gaya hidup, barang dan pakaian tradisional kaum-kaum orang Asli, Iban, Kadazan Dusun, Indonesia, Melayu, India serta Cina kepada warga SMK Gelang Patah secara lebih dekat.
4.0 MATLAMAT
Matlamat utama program ini diadakan adalah bagi menambah pengetahuan pelajar mengenai kebudayaan, adat istiadat, gaya hidup dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia kepada para pelajar. Para pelajar akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya kaum-kaum lain di Malaysia.
5.0 OBJEKTIF
.
5.1 Agar dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai rencam masyarakat majmuk di Malaysia.
5.2 Agar dapat menambah pengetahuan umum pelajar tentang kebudayaan lain di Malaysia.
5.3 Mewujudkan tahap kesedaran pelajar Orang Asli, Sabah dan Sarawak melalui program pendidikan
Senarai para tetamu jemputan:
1. Smk Medini
2. Sk Ldg Pendas Laut
3. SJk(T) Bukit Tempurung
4. SJk ( C) Ming Terk
5. Komuniti Sarawak Nusantara
6. Komuniti Sabah Nusantara
7. Komuniti Sikh
8. Komuniti Bahai Gelang Patah
9. Komuniti Hindu
10. PK Koko smk Medini
11. Semua warga smkgp
No comments:
Post a Comment