Sambutan 50 tahun (1966-2016) Selamat Datang

Tuesday 15 June 2021

KEPUTUSAN SPM TAHUN 2020

Keputusan SPM 2020 telah pun di umumkan. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua calon SPM SMKGP 2020. Ikuti ucapan tuan pengetua Tuan Abdul Razak Bin Abdul Karim pada hari keputusan di umumkan.


Assalamualaikum wr wb

Salam sejahtera


Warga SMK Gelang Patah yang dihormati,

Alhamdulillah hari ini 10 Jun 2021 keputusan SPM 2020 telah diumumkan secara rasmi dan para pelajar mula mendapatkan keputusan masing-masing secara dalam talian sama ada melalui SMS atau terus ke portal MOE bermula jam 10 pagi ini.

Sebagai pengetua SMKGP, saya menggunakan ruang ini untuk merakamkan sepenuh terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga SMKGP kerana telah bersama-sama berganding bahu menggerakkan jentera kekuatan sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian SPM 2020.

Kita sedia maklum, peperiksaan SPM 2020 yang bermula Februari 2021 dilalui dalam keadaan norma baharu yang mencabar bukan sahaja dihadapi oleh para pelajar, tetapi turut dirasai oleh ibu bapa/penjaga, guru-guru, AKP, PIBG dan masyarakat sekolah.

Segala bentuk kerjasama dan pengorbanan semua pihak amat dihargai dan bersama-sama kita terus berdoa dan berganding bahu meningkatkan pencapaian untuk peperiksaan SPM & STPM tahun 2021 ini.


Berikut adalah ringkasan pencapaian prestasi SPM 2020 yang baharu diumumkan:


A. Analisis Umum

1. GPS: 5.54 (2019: 5.07)

2. Kelulusan: 84.56 (2019: 82.30)

3. Pelajar Cemerlang: 

>1 orang (9A+): 

i. NUR IELLYANA FASHA SULAIMAN

>Straight A: 4 orang

i. THEVAN RAJU A/L JEGANATH

ii. NURFATIN NABILAH MD FARID

iii. OOI YAN MIN

iv. VANIA JOHN PEREIRA


4. % Cemerlang Tertinggi: 0.39% (2019: 0%)

5. % Cemerlang: 1.54% (2019: 0.78%)

6. Bilangan Calon Lulus Semua MP: 116 orang (44.79%)

7. Jumlah Calon Layak Sijil: 219 orang @ 84.56%, (2019: 210orang @ 82.03%)

8. NKRA Sekolah: Tahap Memuaskan


B. Peratus Pencapaian (% Kelulusan & GPMP) Mata Pelajaran:

01. Bahasa Melayu: 89.96% (4.69)

02. Bahasa Inggeris: 74.52% (6.67)

03. Pendidikan Islam: 83.69% (4.90)

04. Pendidikan Moral: 73.21% (5.64)

05. Sejarah: 85.71% (5.63)

06. Matematik: 72.09% (5.99)

07. Sains: 88.70% (5.14)

08. Geografi: 100% (4.88)

09. Pendidikan Seni Visual: 92.86% (5.36)

10. Matematik Tambahan: 67.24% (5.79)

11. Pertanian: 100% (6.05)

12. Prinsip Perakaunan: 88.52% (5.57)

13. Perniagaan: 96.74% (6.47)

14. Ekonomi: 82.26% (6.13)

15. Sains Rumah Tangga 100% (5.71)

16. Fizik: 100% (3.89)

17. Kimia: 96.30% (4.33)

18. Biologi: 100% (3.74)

19. Tasawwur Islam: 48.28% (7.07)

20. Bahasa Cina: 93.33% (4.75)

21. Bahasa Tamil: 100% (3.88)

22. Kesusasteraan Tamil: 100% (2.50)


Sekian, terima kasih.