Sambutan 50 tahun (1966-2016) Selamat Datang

Saturday 22 September 2012

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SMKGP

Pada hari ini 22hb September 2012 telah berlangsung majlis penutupan bulan kemerdekaan SMKGP dan telah diadakan di Dewan Sri Bestari SMKGP. Majlis berjalan dari jam 7.15 pagi dan tamat jam 9.30 pagi. Majlis telah diacarakan oleh Cik Nurul Mafuzza bt Abd Majid.
Dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibul Samahah Ustaz Wan Faizal bin Wan Ramli
Ucapan perasmian oleh pengetua
Para pelajar yang hadir



Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan 
yang dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan


Persembahan sketsa kemerdekaan dari para pelajar.Mereka telah
berjaya membawa pulang hadiah tempat pertama di pertandingan
sketsa sekolah pintar zon nusaya baru-baru ini...TAHNIAH diucapkan.


Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik







Wednesday 12 September 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Alumni 2012


Pada 9 September 2012 (Ahad) telah berlangsung majlis sambutan hari raya persatuan bekas pelajar smkgp bertempat di Restoran Awana Kg Baru Gelang Patah. Tujuan majlis ini diadakan untuk merapatkan silaturahim di antara bekas-bekas pelajar smkgp dan ucapan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada urusetia yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan lancar. Sedikit gambar di ambil dari http://www.facebook.com/persbekaspelajar.smkgelangpatah

ucapan pengerusi alumni
 
naib pengerusi alumni merangkap tuan tanah....



Tuesday 11 September 2012

Jamuan raya 1 Malaysia SMKGP

Pada 8 September(Sabtu) yang lalu telah berjalan majlis jamuan hari raya 1 Malaysia di dewan Sri Bestari,SMK Gelang Patah. Jamuan ini dijalankan pada jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 2.30 petang. Terdapat pelbagai menu masakan seperti nasi beriani,sate,mee rebus dan pelbagai juadah diadakan. Program ini telah dianjurkan oleh KEBIRU(kelab bilik guru) dengan kerjasama Panitia Pengajian Islam.Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat menjayakan majlis tersebut.Sedikit gambar untuk dikongsikan....