Sambutan 50 tahun (1966-2016) Selamat Datang

Sunday 25 January 2015

Sarana Ibubapa...ceramah masalah disiplin

Unit Hal Ehwal Murid SMKGP telah menganjurkan satu sesi ceramah masalah disiplin pada 25 Januari 2015. Ceramah ini adalah inisiatif oleh pihak ibubapa untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Program 30 minit ini dijalankan pada perhimpunan mingguan rasmi dan ceramah ini telah disampaikan oleh Sarjan Baharom bin Ahmad dari Balai Polis Gelang Patah.Sedikit gambar untuk dikongsikan...

Sarjan Baharom sedang mengingatkan para pelajar kesan ponteng sekolah

Cenderahati untuk penceramah


Continuing Profesional Development Siri 1/2015

Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan(CPD) untuk para guru telah dijalankan seperti butiran diatas dan berfokus kepada tajuk Memantapkan Persekitaran Fizikal Kelas dan Teknik Menulis Rancangan Pengajaran Harian mengikut modul program Sekolah Amanah

Para Guru dibahagikan mengikut panitia masing-masing

Pn Pengetua menyampaikan kata-kata aluan

Para Advisory Teacher menanti untuk perkongsian ilmu


Tuesday 13 January 2015

Tahniah....10A PT3 tahun 2014

Puan Pengetua mengumumkan semasa perhimpunan
Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ketiga-tiga orang pelajar diatas iaitu Aiyinggeri a/p Asogan, Loke May Chee dan Nurul Illyana Binti Mohd Ristak di atas kejayaan memperolehi keputusan 10A pada peperiksaan PT3 yang lalu. Pihak sekolah juga merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru yang membimbing pelajar-pelajar ini semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.Syabas dan tahniah...