Sambutan 50 tahun (1966-2016) Selamat Datang

Monday 8 October 2012

Selamat Berjuang....PMR 2012




Pihak admin blog ingin mengucapkan selamat menjalani PMR 2012 semoga segala usaha dan harapan akan membuahkan hasil......bagi yang beragama islam bolehlah amalkan doa di bawah :)

                                        




Thursday 4 October 2012

Tahniah....


Pada 24-25 September 2012 bertempat di Kukup Golf Resort telah berlangsung Majlis Apresiasi Seni Pendidikan Khas Negeri Johor 2012. Pelbagai jenis pertandingan telah dijalankan seperti nyanyian solo,nasyid karaoke,gubahan tuala,kraftangan berasaskan bahan terbuang,mewarna batik dan melukis dan mewarna. 2 orang pelajar dari Program Pendidikan Khas Intergrasi  SMKGP iaitu saudara Mohd Shahril bin Tukiman dan saudari Siti Norain bin Kamis telah mewakili daerah Johor Bahru bagi kategori mewarna batik dan telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori terbuka mewarna batik lelaki dan tempat ketiga bagi kategori perempuan.Pihak admin ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru pembimbing dan pelajar-pelajar di atas kejayaan tersebut.

Tempat kedua mewarna batik

Tempat ketiga mewarna batik









Saturday 22 September 2012

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SMKGP

Pada hari ini 22hb September 2012 telah berlangsung majlis penutupan bulan kemerdekaan SMKGP dan telah diadakan di Dewan Sri Bestari SMKGP. Majlis berjalan dari jam 7.15 pagi dan tamat jam 9.30 pagi. Majlis telah diacarakan oleh Cik Nurul Mafuzza bt Abd Majid.
Dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibul Samahah Ustaz Wan Faizal bin Wan Ramli
Ucapan perasmian oleh pengetua
Para pelajar yang hadir



Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan 
yang dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan


Persembahan sketsa kemerdekaan dari para pelajar.Mereka telah
berjaya membawa pulang hadiah tempat pertama di pertandingan
sketsa sekolah pintar zon nusaya baru-baru ini...TAHNIAH diucapkan.


Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik







Wednesday 12 September 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Alumni 2012


Pada 9 September 2012 (Ahad) telah berlangsung majlis sambutan hari raya persatuan bekas pelajar smkgp bertempat di Restoran Awana Kg Baru Gelang Patah. Tujuan majlis ini diadakan untuk merapatkan silaturahim di antara bekas-bekas pelajar smkgp dan ucapan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada urusetia yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan lancar. Sedikit gambar di ambil dari http://www.facebook.com/persbekaspelajar.smkgelangpatah

ucapan pengerusi alumni
 
naib pengerusi alumni merangkap tuan tanah....



Tuesday 11 September 2012

Jamuan raya 1 Malaysia SMKGP

Pada 8 September(Sabtu) yang lalu telah berjalan majlis jamuan hari raya 1 Malaysia di dewan Sri Bestari,SMK Gelang Patah. Jamuan ini dijalankan pada jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 2.30 petang. Terdapat pelbagai menu masakan seperti nasi beriani,sate,mee rebus dan pelbagai juadah diadakan. Program ini telah dianjurkan oleh KEBIRU(kelab bilik guru) dengan kerjasama Panitia Pengajian Islam.Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat menjayakan majlis tersebut.Sedikit gambar untuk dikongsikan....


Wednesday 8 August 2012

Malam lailatul qadar......?


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.
Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.
Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
Sumber : iLuvislam.com

Monday 30 July 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan SMKGP


Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Gelang Patah telah dianjurkan dengan jayanya di Dewan Sri Bestari pada 30 Julai 2012.Berikut adalah program dan aktiviti yang akan dianjurkan:
  1. Pertandingan Melukis/Mewarna Poster(1-10 ogos)-Panitia Pend. Seni Visual
  2. Program Kitar Semula (6- 10 ogos)-Panitia Geografi
  3. Mencipta Video Patriotisme ( 1-15 ogos) - Panitia Sejarah
  4. Pertandingan Menghasilkan Bendera Malaysia (Setiap Hari Jumaat)  (3-17 ogos)-Panitia Pendidikan Moral
  5. Pertandingan Nyanyian Patriotik (29 ogos)-Panitia Muzik
  6. Pertandingan Surah-Surah Pilihan dan Seni Khat ( 30 julai - 30 ogos) -Panitia Pendidikan Islam
  7. Pertandingan Kad Gergasi Kreatif (1-17 ogos)- Panitia Pendidikan Sivik
Kepada semua pelajar SMKGP , ayuh kita sertai aktiviti yang dijalankan.....

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis pelancaran bulan kemerdekaan...













Tuesday 24 July 2012

Jenis-jenis PUASA.....



Puasa Wajib
1.      Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
2.      Puasa Kifarah.
3.      Puasa qadha
4.      Puasa Nazar.
Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
1.      Puasa enam hari pada bulan Syawal
2.      Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalahharam bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
3.      Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
4.      Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
5.      Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.

Puasa Haram
Rencana utama: Tempoh haram puasa
1.       Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
2.       Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
3.       Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
4.       Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
5.       Puasa perempuan haid & Nifas
6.       Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaahjuga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
7.       Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
8.       Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
9.       Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Sumber :andak-summerroses.blogspot.com dan ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa 

Thursday 19 July 2012

Ramadhan datang lagi...





Selamat berpuasa kepada semua warga SMKGP yang beragama Islam semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lalu.Salam Ramdhan Al-Mubarak...klik jadual di bawah untuk melihat waktu imsak dan berbuka..



Karnival Unit Kokurikulum 2012

Pada 18 Julai 2012 semalam, dari jam 3-5 petang telah berlangsung karnival unit kokurikulum bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja. Pelbagai jenis pertandingan telah dijalankan mengikut jantina dan tingkatan seperti galah panjang(ting 1),timbang "cap teh"(ting 2) dan buat layang-layang(ting 4) bagi pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan pula ialah sukaneka(ting 1), kraftangan kertas(ting 2) dan gubahan/membuat sandwich(ting 4).Syabas dan tahniah kepada para pemenang...