Sambutan 50 tahun (1966-2016) Selamat Datang

Thursday 7 June 2018

Majlis Khatam Al-Quran ,Penyerahan Bantuan Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Encik Hassan Bin Ahmad


Alhamdulillah selesai Majlis Khatam Al-Quran,Penyerahan Bantuan Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Encik Hassan Bin Ahmad. Majlis telah bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari yang berlangsung di Dewan Bestari. Di mulai dengan Majlis Perpisahan Encik Hassan Bin Ahmad kerana telah di naikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas di SMK Taman Bukit Indah. Penyerahan cenderahati kenang-kenangan telah di sampaikan oleh Puan Pengetua Pn. Hjh Asiah Binti Mohamad. Seterusnya, majlis khatam Al-Quran telah berlangsung dan di ikuti dengan penyerahan bantuan Aidilfitri kepada murid-murid yang memerlukan dan juga staf sekolah. Majlis berjalan lancar dan di akhiri dengan sesi salam bersalaman bermaaf-maafan di antara semua guru dan murid. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SMK Gelang Patah.



Tahniah Encik Hassan Bin Ahmad kerana telah di naikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas di SMK Taman Bukit Indah. Selamat bertugas di tempat baru.

























































 
 


Ucapan dari puan pengetua


Sesi Khatam Al-Quran

Antara penerima hadiah sumbangan Aidilfitri










 Staf pembersihan sekolah juga turut menerima sumbangan Aidilfitri




Sesi maaf-bermaafan antara semua guru dan murid




No comments:

Post a Comment