Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Ada salah silap silalah maafkan.
#Apa hukum mengucapkan selamat hari raya aidifitri?
Terdapat riwayat yang datang dari para sahabat radhiyallahu’anhum bahawasanya mereka saling mengucapkan selamat di hari raya dengan ucapan, تقبل الله منا ومنكم “Taqabbalallahu minna wa minkum” (Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian).
Dari Jubair bin Nufair, ia berkata, “Dahulu para sahabat Nabi shalallahu’alaihi wasallam mengucapkan ‘Taqobbalallahu minna wa minkum’ ketika saling bertemu di hari Idul Fitri.”Al-Hafidz (Ibnu Hajar) berkata tentang riwayat ini, “Sanadnya hasan.”
Imam Ahmad rahimahullah berkata, “Tidak mengapa hukumnya bila seseorang mengucapkan kepada saudaranya saat Idul Fitri, ‘Taqobbalallahu minna wa minkum’.” Demikian yang dinukil Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni.
Syaikh Ibnu Ustaimin ditanya:
“Apa hukum tahniah (ucapan selamat) di hari raya? Apakah ada bentuk ucapan tertentu?”
Beliau rahimahullah menjawab:
“Hukum tahniah (ucapan selamat) di hari raya adalah boleh dan tidak ada bentuk ucapan tertentu yang dikhususkan. Karena (hukum asal-pen) setiap adat kebiasaan yang dilakukan orang itu boleh selama bukan perbuatan dosa.”
Dalam kesempatan lain beliau rahimahullah juga ditanya:
“Apa hukum berjabat tangan, berpelukan dan saling mengucapkan selamat hari raya ketika selesai solat hari raya idilfitri?”
Beliau rahimahullah menjawab:
“Hukum semua perbuatan ini tidaklah mengapa. Kerana orang yang melakukanya tidak bermaksud untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Melainkan hanya sekadar melakukan adat dan tradisi, saling memuliakan dan menghormati. Kerana selama adat tersebut tidak bertentangan dengan syariat maka hukumnya boleh.” (Majmu’Fatawa Ibni Utsaimin, 16/ 208-210)
Sumber: http://www.islamqa.com/ar/cat/2033#6080
SELAMAT HARI RAYA buat Guru-Guru dan semua rakan rakan saya terutamanya 2RK1...minta maaaf zahir dan batin...kosong-kosong ye...
ReplyDelete