Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam
tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan
sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan
Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan
dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama,
tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para
zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
- Ahad
atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat
atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis
= Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu
= Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
- Isnin
= Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama
termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar
tersebut dengan menggunakan kaedah ini.
Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu
sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut
sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan
cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.
Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam
Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga
ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh
berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam
Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu,
Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam
Lailatulqadar
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama
pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi
malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti.
Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan
menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
Sumber : iLuvislam.com
No comments:
Post a Comment