Sambutan 50 tahun (1966-2016) Selamat Datang

Monday, 30 July 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan SMKGP


Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Gelang Patah telah dianjurkan dengan jayanya di Dewan Sri Bestari pada 30 Julai 2012.Berikut adalah program dan aktiviti yang akan dianjurkan:
  1. Pertandingan Melukis/Mewarna Poster(1-10 ogos)-Panitia Pend. Seni Visual
  2. Program Kitar Semula (6- 10 ogos)-Panitia Geografi
  3. Mencipta Video Patriotisme ( 1-15 ogos) - Panitia Sejarah
  4. Pertandingan Menghasilkan Bendera Malaysia (Setiap Hari Jumaat)  (3-17 ogos)-Panitia Pendidikan Moral
  5. Pertandingan Nyanyian Patriotik (29 ogos)-Panitia Muzik
  6. Pertandingan Surah-Surah Pilihan dan Seni Khat ( 30 julai - 30 ogos) -Panitia Pendidikan Islam
  7. Pertandingan Kad Gergasi Kreatif (1-17 ogos)- Panitia Pendidikan Sivik
Kepada semua pelajar SMKGP , ayuh kita sertai aktiviti yang dijalankan.....

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis pelancaran bulan kemerdekaan...













Tuesday, 24 July 2012

Jenis-jenis PUASA.....



Puasa Wajib
1.      Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
2.      Puasa Kifarah.
3.      Puasa qadha
4.      Puasa Nazar.
Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
1.      Puasa enam hari pada bulan Syawal
2.      Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalahharam bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
3.      Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
4.      Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
5.      Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.

Puasa Haram
Rencana utama: Tempoh haram puasa
1.       Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
2.       Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
3.       Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
4.       Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
5.       Puasa perempuan haid & Nifas
6.       Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaahjuga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
7.       Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
8.       Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
9.       Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Sumber :andak-summerroses.blogspot.com dan ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa 

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan datang lagi...





Selamat berpuasa kepada semua warga SMKGP yang beragama Islam semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lalu.Salam Ramdhan Al-Mubarak...klik jadual di bawah untuk melihat waktu imsak dan berbuka..



Karnival Unit Kokurikulum 2012

Pada 18 Julai 2012 semalam, dari jam 3-5 petang telah berlangsung karnival unit kokurikulum bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja. Pelbagai jenis pertandingan telah dijalankan mengikut jantina dan tingkatan seperti galah panjang(ting 1),timbang "cap teh"(ting 2) dan buat layang-layang(ting 4) bagi pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan pula ialah sukaneka(ting 1), kraftangan kertas(ting 2) dan gubahan/membuat sandwich(ting 4).Syabas dan tahniah kepada para pemenang...



















Tuesday, 17 July 2012

Senamrobik 1 murid 1 Sukan 1 Malaysia


Pelajar bersedia untuk senamrobik


Inilah instructornya...1,,2,,3,,,4,,,4lagi

Ah How sedang bersenam dengan gigihnya..

Cikgu Rosdi suka bersenam...


Program ini berlangsung tepat jam 7.30 dan berakhir jam 8.30 pagi.Semua guru dan pelajar yang terlibat diucapkan syabas dan tahniah.