Sambutan 50 tahun (1966-2016) Selamat Datang

Friday 25 January 2013

Minggu Tahun Baru Cina 2013


Persatuan Bahasa Cina SMK Gelang Patah akan mengadakan Minggu Tahun Baru Cina  dari 28/01/2013-08/02/2013.Banyak aktivit-aktiviti yang akan diadakan...rujuk pamplet yang dilampirkan


Tuesday 22 January 2013

Portal Matematik Untuk Warga Sekolah



Belajar Matematik Melalui Portal Online


 
Makluman kepada semua pelajar. Sekolah kita ada melanggan laman web berbayar www.mymaths.co.uk. Walalupun asasnya di UK, MyMaths digunakan hampir di 70 buah negara oleh  4 juta pelajar setahun. Di sini pelajar boleh akses pembelajaran dan membuat latihan secara online.  Sumber yang digunakan telah terbukti meningkatkan tahap pencapaian. Untuk login ID dan password, pelajar boleh dapatkan daripada guru-guru Matematik. 
Selamat Mencuba !

Tuesday 15 January 2013

Back to School....


Tanggal 2 Januari 2013 merupakan hari pertama persekolahan. Semua pelajar SMKGP kembali semula ke sekolah setelah bercuti selama hampir sebulan lebih. Semoga tahun 2013 memberikan semangat dan keazaman baru buat pelajar-pelajar mencipta kejayaan bagi diri anda sendiri baik dari aspek kurikulum dan kokurikulum. 










Selamat Datang....


 Nama Program                  :               Hari Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan Satu 2013
       Tarikh                                 :               1 Januari 2013
       Hari/Masa                          :               Selasa / 7.30 pagi – 12.00 tengahari
       Tempat                                :               Dewan Sri Bestari, SMK Gelang Patah
       Bilangan Penyertaan         :              
MELAYU
CINA
INDIA
ASLI
LAIN-LAIN
JUMLAH
JUMLAH
KESELURUHAN
L
P
L
P
L
P
L
P
L
P
L
P
96
93
29
47
47
7
3
0
2
3
177
150
327

Ibubapa beratur mengambil no angka giliran dan  kaunter pendaftaran di pintu dewan besar



Taklimat dan kata-kata aluan oleh puan pengetua,Pn Asmah bt Abd Hamid



Ibubapa dan guru mendengar taklimat yang disampaikan



Ibubapa mendaftarkan anak mengikut kaunter yang ditetapkan

Ibubapa dan pelajar mengambil buku teks(SPBT) di hadapan dewan


Membeli buku tulis di koperasi dan pulang ke rumah.

Terima kasih kepada semua guru dan staff yang terlibat dalam melancarkan hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2013.

Friday 11 January 2013

25 orang dapat 8A.....PMR 2012





Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon PMR 2012 kerana telah mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. Seramai 25 orang calon-calon PMR 2012 dari  SMK Gelang Patah telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A. Semoga dengan kejayaan ini akan membawa lebih lagi kejayaan pada masa-masa hadapan.